Sunday, July 24, 2011

ICNC 1 MALAYSIA

Salam 1 Malaysia.....
JKPDJB baru sahaja selesai penetrate perkampungan orang asli Simpang Arang,Gelang Patah untuk mendekati mereka kerana masalah hidu gam di kalangan anak-anak orang asli sangat serius.Program bersama masyarakat orang asli sehingga hujung tahun telah diatur dan diharapkan akan membuahkan hasil.
Saya baru sahaja kembali dari promo ICNC 1 Malaysia Tampoi di Bazar Karat Majlis Bandaraya Johor Bahru.JKPDJB'walkabout'ini telah berjaya mengedarkan leaflet kepada 300 orang pengunjung di sana. Siri 2 dijadualkan minggu hadapan dan dijangka 1000 orang pengunjung akan dapat leaflet ICNC.Begitulah seriusnya JKPDJB berusaha untuk menjayakan pendekatan2 baru AADK.Saya amat berharap semua yang 'concern' akan turut bersama saya dalam misi penting ini.
2 minggu lepas saya mengadakan rundingan dengan kumpulan superbike yang berminat untuk membantu JKPDJB.Mudah-mudahan semuanya akan berjaya untuk memperkenalkan ICNC 1 Malaysia,Tampoi.

Saturday, September 11, 2010

CUCI KERETA AMAL JKPD 2010

Salam 1 Malaysia !

Program Cuci Kereta Amal untuk membantu keluarga bekas-bekas penagih telah dilancarkan di PKAADK Johor Bahru bermula Julai hingga 22 September 2010. Projek ini sebagai percubaan untuk mengumpulkan sedikit dana untuk membantu keluarga bekas-bekas penagih di daerah Johor Bahru yang memerlukan bantuan kewangan. Saya amat berharap agar seluruh warga AADK samada yang bertugas di pejabat negeri atau daerah akan mencuci kereta mereka di PKAADK sepanjang program ini berlangsung. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 untuk 2 kali cucian. Sama-samalah kita berusaha membantu mereka. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan membantu mereka ?

Sunday, April 11, 2010

Mengimbas Di Sebalik Tirai Kenangan !

Saya imbas semula pengalaman yang lalu untuk berkongsi pengalaman saya mengerakkan satu inisiatif pada tahun 1993 menganjurkan forum awam yang pertama berkaitan AIDS.Bersama dengan Dato'Dr S.Singaraveloo,Dr Ku Yusof Ku Ismail,Dr Nirmal Singh dan Pengarah Perubatan Negeri Johor ketika itu Dr Tan Ban Lee seminar AIDS pertama untuk satu kumpulan sasaran yang melibatkan kakitangan awam dan pemimpin masyarakat telah dijayakan di Puteri Pan Pacific Hotel Johor Bahru . Saya telah diperkenalkan oleh Dr Ku Yusof kepada mereka yang lain yang saya sebutkan di atas untuk menyampaikan kertas cadangan mengadakan seminar berkaitan AIDS kepada orang awam.Cadangan saya telah diterima baik dan bermula beberapa siri ceramah selepas itu yang bertemakan kesedaran terhadap AIDS. Di seminar yang pertama saya masih ingat kami serba salah samada mahu memberikan 'handouts' atau tidak memandangkan bahan yang sedia ada ketika itu tidak sesuai untuk tontonan awam.Maklumlah illustrasi memakai kondom dengan cara yang betul masih dianggap 'taboo'dalam budaya kita.Dato'Dr Singaraveloo berbincang dengan saya dan akhirnya kami memutuskan untuk hanya menunjukkan melalui slide sahaja kepada peserta dan tidak sebagai 'handout'.Inisiatif untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya AIDS yang saya lakukan telah mendapat liputan pihak media.Utusan Malaysia telah menulis satu artikel yang panjang lebar yang disiarkan di peringkat nasional tentang inisiatif tersebut.

Kejayaan menganjurkan seminar awam yang pertama telah membuka jalan kepada saya untuk berkerjasama dengan pengarah perubatan negeri dan pejabat kesihatan daerah untuk menganjurkan lebih banyak program-program kesedaran. Tahun berikutnya saya diberi penghormatan di dalam satu sesi bengkel menangani AIDS untuk membentangkan resolusi kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri Johor Dato Mohd Nooh Gadut. ( ketika itu belum bergelar Dato dan belum menjadi Mufti negeri Johor )Beliau telah menerima resolusi tersebut. Resolusi itu adalah, mewajibkan pasangan beragama Islam menjalani saringan HIV.Beberapa tahun kemudian resolusi tersebut telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Kini saya berpuas hati tentang peranan yang telah saya mainkan untuk mendidik masyarakat. Walaupun usaha-usaha saya telah dilupakan oleh pihak tertentu namun saya bangga kerana inisiatif saya telah memberi menafaat kepada banyak pihak dan pelbagai inisiatif yang lain menyusul selepas itu.Masyarakat sudah mula berani menghadapi realiti.

Tuesday, March 30, 2010

SPORTS WITHOUT DRUGS !

Salam Satu Malaysia !

Sports Without Drugs !adalah slogan yang saya temui semasa menghadiri satu persidangan antarabangsa di Thailand beberapa tahun dahulu.Slogan ini telah dipamerkan oleh penuntut-penuntut University Thammasat kalau tak silap saya.Saya perkenalkan semula slogan ini melalui program-program sukan yang saya anjurkan bersama PUSPEN Tampoi. Program pertama bersama Kelab Media Johor beberapa minggu lalu mendapat sambutan yang hangat dan pada 1 April 2010 akan berlangsung perlawanan bola tampar persahabatan antara pilihan PUSPEN Tampoi menentang SMK Permas Jaya 2 bertempat di CPK Johor Bahru. Saya tonjolkan remaja-remaja yang masih dibangku sekolah melalui slogan ini dengan harapan Sukan Tanpa Dadah tidak hanya dihayati tetapi akan menjadi satu amalan agar mereka tidak terjebak ke kancah penagihan melalui pengambilan dadah terlarang apabila bersukan.

Sepanjang penglibatan saya selama 21 tahun saya belum terlibat dengan program-program sukan yang mempromosikan slogan ini. Harapan saya agar slogan ini akan mendapat sambutan di kalangan masyarakat khususnya ahli-ahli sukan. Kita akan rasa bangga jika mereka memakai Jersey yang mempamerkan slogan tersebut semasa bertanding.Saya sudah bersedia untuk membawa slogan ini jauh ! Mudah-mudahan akan mendapat kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan misi ini !

Monday, March 15, 2010

MEDIA & PUSPEN

Pada 9 Mac telah berlangsung Futsal persahabatan pilihan PUSPEN Tampoi dan Kelab Media Johor.Seramai 30 rakan media dari pelbagai agensi berita sekitar daerah Johor Bahru telah mengambil bahagian. Selesai perlawanan futsal mereka telah dihiburkan dengan persembahan band penghuni PUSPEN.Program ini telah saya aturkan untuk memberi peluang kepada pihak media untuk mendekati PUSPEN. Semasa saya menghadiri majlis bersama Ketua Pengarah AADK tahun lepas , beliau telah meminta semua Pengerusi JKPD untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang perubahan nama Pusat Serenti kepada PUSPEN. Hampir semua rakan-rakan media bertanya kepada saya bila perubahan ini telah berlaku dan apa maksud PUSPEN.Jadi saya rasa sesuai lah diaturkan lebih banyak program bersama media agar mereka dapat membantu untuk mempromosi penjenamaan ini.Rakan-rakan dari FM Johor pun telah berjanji untuk membuat hebahan melalui saluran mereka.Semoga dengan terjalinnya hubungan yang erat bersama pihak media,kita dapat salurakan pelbagai maklumat dengan kerjasama dari mereka.Hubungan baik saya dengan Presiden Kelab Media Johor yang telah terjalin sekian lama pasti nya akan membolehkan kita mengorak lebih jauh dari segi publisiti.

Thursday, March 11, 2010

JKPD 2010

Salam Satu Malaysia !

Rombakkan besar-besaran telah saya lakukan pada tahun 2010 untuk memantapkan JKPD Johor Bahru. Kali ini pemilihan ahli jawatankuasa dibuat berdasarkan kriteria yang dicadangkan oleh pihak ibu-pejabat.(sebagaimana yang termaktub dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah ) Muka-muka baru yang dilantik adalah dikalangan mereka yang berpengalaman mengerakkan masyarakat sivil di dalam pelbagai program kemasyarakatan sekitar daerah Johor Bahru. Ahli Majlis Daerah, Ketua-ketua Wanita Pertubuhan Politik,Kelab Media adalah antara pihak-pihak yang telah dilibatkan. Saya percaya JKPD Johor Bahru akan mengorak langkah untuk lebih proaktif merealisasikan program-program yang akan membantu pihak agensi. Kepercayaan ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang luas di dalam kerja-kerja pencegahan dan pemulihan di daerah ini. JKPD Johor Bahru juga amat berbangga kerana AADK Johor Bahru diterajui oleh seorang pegawai yang cukup 'matang ' dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan masyarakat khususnya pemimpin-pemimpin Ngo dan organisasi-organisasi lain yang berkaitan dengan kerja-kerja pencegahan dan pemulihan.Syabas kepada pihak Ibu-pejabat yang telah memilih untuk menempatkan pegawai ini di sini.

Thursday, November 26, 2009

AUDIENCE PROFILING

Kualiti sesuatu program yang dianjurkan adalah bergantung kepada sejauhmana kita menjalankan kajian atau melakukan 'homework ' agar maklumat yang nak disampaikan berjaya disampaikan kepada kumpulan sasaran.Tanpa membuat persediaan yang rapi khususnya yang memberi penekanan kepada latarbelakang audien akan menyebabkan objektif sesuatu program yang dianjurkan tidak tercapai.

Audience Profiling ( audience profiling ) adalah satu strategi sebelum sesuatu program dilaksanakan. Kita perlu membuat kajian tentang kumpulan sasaran yang hendak dilibatkan.Maklumat seperti latarbelakang peserta yang berkaitan kelulusan akademik, pekerjaan, penglibatan dalam kerja sosial, maklumat profesional yang berkaitan pekerjaan dan sebagainya akan membantu kita menyediakan program yang setaraf atau 'standard' untuk mereka. Penceramah yang dijemput juga harus sesuai dengan profiling yang dibuat oleh penganjur.

'Mix group audience ' atau kumpulan yang bercampur sasarannya yang melibatkan profiling yang berbeza akan merumitkan penyampaian maklumat dan seringkali kita akan terperangkap kerana kurang persediaan dari segi 'input ' jika kita tidak bersedia. Apabila kita menganjurkan program dengan badan-badan profesional misalnya, kita perlu menjemput penceramah yang berpengalaman luas dan berkelayakkan. Ini adalah penting kerana kumpulan sasaran profesional sering mengharapkan penyampaian profesional.Sekiranya profiling kumpulan sasaran telah dibuat,mudah untuk penceramah yang dijemput membuat persediaan. Ada di kalangan kumpulan sasaran yang dilibatkan tidak suka jika mereka dijemput untuk menghadiri sesuatu program di balai-balai raya atau dewan-dewan yang kurang selesa yang tidak setaraf dengan mereka. Di sini profiling memainkan peranan yang penting kerana dengan profiling yang tepat kita boleh mengadakan program-program untuk mereka di tempat yang sesuai dengan kedudukkan mereka.

Pernah di dalam satu program yang dianjurkan, beberapa orang profesional yang hadir mengajukan soalan-soalan yang terlalu teknikal dan sukar difahami oleh peserta-peserta yang lain, selepas sesi berehat untuk minum pagi, dewan tersebut telah hampir kosong kerana peserta yang lain telah meninggalkan program tersebut.Ini adalah implikasi dari kurangnya persediaan dari aspek profiling oleh penganjur.Kita perlu mengambil iktibar dari insiden-insiden seperti ini.

Bersediakah daerah anda untuk berhadapan dengan mereka seperti Rotary Club, Lions Club, Majlis Peguam, MMA ( Malaysian Medical Association ) ? Siapakah yang akan menyampaikan ceramah kepada mereka ? Sudakah kita megadakan program dengan mereka ?
Jika kita belum menemui mereka di program-program kita, bermakna kita masih belum bersedia untuk melangkah jauh. Jika mereka yang disebutkan akan menjadi bakal kumpulan sasaran kita maka profiling perlu dilakukan sebelum kita menjemput mereka ke program yang dianjurkan.