Saturday, November 21, 2009

Apa ada pada nama ?

Salam 1 Malaysia,

Ramai yang bertanya PUSPEN itu apa ? Sejak bila Pusat Serenti tukar nama dan apa maksud PUSPEN ? Saya rasa terpanggil untuk menjelaskan kepada semua pihak yang bertanya kerana semasa berucap di majlis meraikan pengerusi-pengerusi JKPD dari seluruh negara beberapa bulan lalu, Datuk KP telah menerangkan panjang lebar tentang perubahan nama Pusat Serenti kepada PUSPEN atau Pusat Pemulihan Penagih Narkotik. Perubahan ini melibatkan satu kajian yang dibuat oleh Datuk KP sendiri tentang maksud 'serenti' yang tidak pernah wujud dalam kamus Dewan Bahasa. Perubahan ini juga adalah menjurus ke arah satu 'anjakkan paradigma ' kepada seluruh warga AADK dan juga masyarakat itu sendiri. Setelah berpuluh tahun pusat serenti beroperasi dan dikenali oleh masyarakat umum, ' rebranding ' oleh Datuk KP adalah tepat pada masanya. Dengan perubahan tersebut dijangkakan seluruh warga kerja di PUSPEN juga akan lebih bermotivasi walaupun ada yang mengkritik nama PUSPEN menggambarkan seolah-olah ianya sebuah institusi pengajian tinggi.Walau apa pun kritikan, saya berpendapat
perubahan yang dibuat adalah seiring dengan perubahan zaman.Fungsi PUSPEN tetap sama malah sedang mengorak ke arah kemajuan dan perubahan yang lebih 'advance' dari aspek infrastruktur dan program-program pemulihannya. Tahniah kepada kepimpinan AADK !

PROGRAM TERAPI GANTIAN

Program 'terapi gantian methodone' di JB agak membanggakan dengan jumlah mereka yang terlibat melebihi 60 orang. Fungsi Pusat Khidmat AADK nyata lebih berfokus dan berkesan dengan adanya penglibatan bekas-bekas penagih di dalam program ini.Semoga program ini akan dapat diteruskan dengan melibatkan lebih ramai lagi klien-klien yang memerlukan.

Sedar atau tidak,kita sudah pun berada di penghujung tahun 2009. Pelbagai program telah dilaksanakan oleh AADK negeri dan daerah- daerah. Tahun ini genap 21 tahun penglibatan saya sebagai sukarelawan di dalam kerja-kerja sosial membenteras dadah dan sudah pasti saya telah melihat pelbagai kemajuan dan kejayaan di dalam usaha-usaha kerajaan menangani masalah gejala dadah di negara kita. Semoga seluruh warga kerja AADK dan sukarelawan -sukarelawan berganding bahu bersama-sama untuk menjayakan misi nasional yang akan menentukan dan mencorakkan masa depan rakyat Malaysia.

1 comment:

  1. Testimonial Program RawatanTerapi Gantian Methadone di PKAADK Johor Bahru oleh V M Asok Kumar ( Pegawai Anti-Dadah )
    Saya memang terlibat secara langsung dengan Program RTG Methadone di PKAADK Johor Bahru, Johor selaku Ketua, AADK Daerah Johor Bahru, Johor. Pada pemerhatian saya program ini amat baik kerana program ini memang di susun dengan begitu baik dengan kerjasama Agensi Anti-Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Klien program ini di pilih mengikut kriteria yang agak ketat mengikut Standard Operating Procedures program ini. Salah satu kriteria yang penting adalah klien mesti di kalangan penagih tegah yang menggunakan heroin. Kemudian klien ini di tapis oleh Pakar Perubatan Psikiatri ( yang telah menjalani latihan dalam Program Methadone ) yang di lantik oleh AADK untuk membuat pemeriksaan dan membuat penilaian klien-klien program ini. Pakar ini akan menjalankan ujian-ujian makmal yang tertentu seperti Liver Function Test dan sebagai nya terhadap klien yang terpilih supaya klien betul-betul layak menjalani program ini. Kemudian selepas klien lulus dalam semua kriteria, mereka akan di beri preskripsi dos ubat Methadone mengikut sukatan yang Pakar syorkan. Ubat Methadone pula di beri oleh Pegawai Farmasi dari KKM ( yang telah menjalani latihan dalam Program Methadone ). Klien program ini akan diperiksa oleh Pakar dan di ulangkaji setiap hari supaya tindak balas buruk dapat di kesan serta merta dan tindakan selanjutnya boleh diambil untuk mengatasinya.
    Klien-klien program Methadone juga menjalani program psikologi seperti kaunseling individu, kelompok dan keluarga oleh pegawai-pegawai pemulihan di PKAADK. Selain itu aktiviti kelompok sokong bantu ( KSB ) dan sesi –sesi didaktik juga di didedahkan kepada klien-klien methadone. Pengurus Kes di PKAADK juga akan mendapatkan kerja yang bersesuaian, menjalankan aktiviti sukan & riadah, aktiviti keagamaan, membantu mendapatkan penempatan sementara di PKAADK untuk klien yang tiada rumah dan juga membantu mendapatkan kad pengenalan, lesen kenderaan supaya klien dapat meningkatkan kehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.
    Daripada pengalaman saya, program RTG Methadone dengan bantuan pegawai pemulihan AADK telah memulihkan ramai penagih-penagih tegar heroin. Ramai klien Methadone telah menjadi produktif dan dapat bekerja seperti biasa malah telah menyumbangan kepada negara secara tidak langsung. Dua orang penagih tegar yang saya kenali telah menjadi Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) di PKAADK Johor Bahru, Johor. Kini mereka berdua telah berjaya menjadi pekerja tetap di Intan Life Zone ( ILZ ) dengan gaji yang agak lumayan iaitu sebuah badan bukan kerajaan ( NGO ) di Johor Bahru yang melaksanakan program Pertukaran Jarum ( Needle & Syringe Exchange Program ) dan merawat pulih klien-klien HIV/AIDS.

    ReplyDelete