Sunday, November 22, 2009

HALFWAY HOUSE

Beberapa tahun yang lalu, saya diberi peluang untuk menghadiri kursus di negara jiran. Kursus yang bertujuan untuk mendedahkan tentang 'halfway house ' atau rumah perantaraan untuk bekas-bekas penagih yang perlukan perlindungan setelah bebas dari pusat atau yang berada di luar pusat didapati amat diperlukan di negara ini. Sekembali nya saya dari kursus tersebut, saya telah menyampaikan cadangan kepada 'orang-orang kuat' di negeri Johor dalam satu mesyuarat un tuk membantu saya mengujudkan rumah perantaraan, malangnya cadangan saya telah mendapat tentangan yang hebat dari pihak tertentu ( bukan AADK ). Kini saya rasa usaha-usaha harus dilakukan oleh JKPD untuk mengujudkan rumah-rumah perantaraan ini agar ramai bekas-bekas penagih dapat berteduh sementara sehingga mereka benar-benar bersedia untuk diintergrasikan ke dalam masyarakat semula.JKPD Johor Bahru sedang berusaha untuk mengujudkan sebuah rumah perantaraan berkonsepkan '1 Malaysia ' untuk membolehkan bekas-bekas penagih dari semua kaum terlibat.Walaupun Pusat Khidmat ada menempatkan bekas-bekas penagih namun tempat adalah terhad dan tidak boleh menampung lebih 15 orang. Sekiranya JKPD dapat mengujudkan sebuah rumah perantaraan maka beban AADK akan berkurangan dari aspek 'after care' atau jagaan lanjutan. Konsep jagaan lanjutan pada pendapat saya masih lagi relevan.

Seperkara lagi yang menarik perhatian saya ialah kursus-kursus yang dianjurkan untuk bekas-bekas penagih. Kita perlu realistik apabila membuat cadangan kepada bekas-bekas penagih yang kebanyakkan dari mereka tidak mempunyai pekerjaan atau sumber untuk menjalankan projek-projek yang kita cadangkan. Jangan terlalu 'ambitious' untuk mendapatkan pinjaman atau menjadi penjamin kepada mereka dan akhirnya menjejaskan imej dan kredibiliti agensi ataupun JKPD.Lebih praktikal jika kita mendapatkan mereka pekerjaan atau menghantar mereka menjalani kursus-kursus kemahiran hidup ' living skills ' yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan. Selepas tamat kursus mereka boleh mencari pekerjaan sendiri atau mendapatkan bantuan JKPD untuk mendapatkan perkerjaan.

Saya masih ingat janji-janji yang ditaburkan oleh pihak tertentu di dalam satu majlis untuk bekas-bekas penagih yang dihadiri oleh seorang menteri. Bekas-bekas penagih yang menyertai projek yang dianjurkan dijanjikan akan mendapat ganjaran RM 3000 sebulan, namun janji yang ditaburkan hanya janji kosong, projek entah kemana,pengurus projek pun telah hilang. Harus lah kita berhati-hati apabila menjalankan projek-projek usahasama dengan individu-individu yang kita kurang pasti latar belakang mereka.Jangan gadaikan imej kita !

1 comment:

  1. Half house is a very good concept which is practised very very long time ago. In short, what is halfway house. Halfway house is home away home that means before the client goes back to home, the client is placed in a halfway house. This concept is an old concept which is practised even in other rehabilitation fields such as halfway house for psychiatric patients,for autistic children and so on. In fact this concept was borrowed from halfway house for psychiatric patients which was was very effective for psychiatric patients. I was introduced this concept when I was doing my psychiatric post basic course way back in 1989 in Hospital Bahagia, Hulu Kinta and also in UMMC day Care Centre which was also quite similar but on a day time basis. It was very successful till now. It was also introduced in GHKL Psychiatric Department. In fact, if I am not mistaken this was introduced by Tan Sri Dr Mahadeva and Dr Parameswara. those two great Psychiatrists, when psychiatry rehabilitation was coming up in the 80s. In fact there was a half way house in Hospital Bahagia Hulu Kinta which was an example ward. So coming back to drug rehabilitation, this was also introduced in The National Anti-Drugs Agency's Service Centres. One of the components of the centre is halfway house. Recovering addicts can come to the the service centres. That was how I started when I was the chief in National Anti-Drugs Agency JB service centre. When the respond was good in JB, we extended to Desa Damai in Larkin. But now Desa Damai only takes in clients from PUSPEN Tampoi. In actual fact Desa Damai should take in recovering addicts from the community. You see JB city is one of the city which has many recovering addicts. So it is only fair we must provide this service (halfway house) to the recovering addicts from the community not from PUSPEN, in Desa Damai which can accomodate around 23 clients. May be, we can increase the the number of clients gradually. But the important thing is that it is not just placement in Desa Damai, we must have well structured treatment & rehabilitation activities, case managers who are very knowledgeable and experienced, work therapy, spots & recreation, support groups such as NA, family support groups,religious activities,music therapy,individual and group counselling,didactic sessions,agriculture activities, morning exercises, light industrial activities and so on. You see, the clients should get psychological, physical, spiritual, social aspect of activities. It should be balanced.It cannot be only one aspect esp. work therapy otherwise the clients will be bored and rehabilitation won't be effective.
    Ashok Kumar
    Commandant
    PUSPEN Tampoi
    19 March 2010

    ReplyDelete