Saya pernah menghadiri beberapa bengkel dan persidangan diluar negara yang berkaitan dengan dadah. Saya belajar banyak perkara melalui persidangan-persidangan yang telah saya hadiri.Hasil dari pendedahan tersebut saya telah menjayakan satu projek yang dikenali sebagai Projek Pendidikan Experimentasi CD2000. Melalui projek tersebut, saya telah memilih sebuah kampung dan menjalankan kajian dan melaksanakan program pencegahan selama 4 tahun. Penilaian projek tersebut telah dihantar ke luar negara oleh pihak tertentu.Projek ini berjaya mencegah penduduk kampung dari terlibat dengan dadah sehingga ke hari ini. Memandangkan projek tersebut adalah yang julung kali melibatkan sebuah kampung dan tidak pernah dilaksanakan oleh Ngo yang saya wakili,saya telah dijanjikan anugerah peringkat kebangsaan di atas pencapaian dan kegigihan saya menjayakan projek tersebut yang mendapat liputan luas pihak media. Walaubagaimanapun saya tidak mendapat sebarang anugerah sebagaimana yang dijanjikan (Presiden Ngo tersebut telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu )namun saya tetap meneruskan kerja -kerja pencegahan sehingga saya menamatkan projek tersebut pada tahun 2004.
Pengalaman saya bergerak bersama CBO ( Community Based Organisation ) atau pertubuhan berasaskan komuniti selama 21 tahun adalah sesuatu yang berharga dan banyak perkara yang saya pelajari tentang program-program pencegahan hasil dari menghadiri persidangan-persidangan atau lawatan ke negara lain.Menghadiri persidangan-persidangan atau bengkel-bengkel berkaitan dengan dadah di luar negara adalah pengalaman yang menyeronokkan namun adalah sesuatu yang merugikan jika anda tidak kompetent dalam aspek- aspek yang memerlukan anda memahami kertas-kertas persidangan yang lebih bersifat teknikal.Ini lah yang saya alami kali pertama menghadiri bengkel IFNGO (International Federation of Non Governmental Organisation )ASEAN pada tahun 1996.Saya diberi peluang menjadi setiausaha salah satu bengkel persidangan dan saya ditugaskan untuk membentangkan hasil bengkel di dalam sidang pleno. Kebanyakkan dari peserta adalah orang-orang akademik dan mempunyai status di dalam masyarakat di negara masing-masing.Saya telah menerima banyak bimbingan dari mentor-mentor saya tentang aspek-aspek teknikal persidangan dan memahami kertas-kertas pembentangan di persidangan.
Hari ini saya berbangga kerana AADK mempunyai seorang Profesor yang berpengalaman luas berkaitan hal-ehwal dadah dan kompetent di dalam bidang yang diceburi . Beliau sering diundang membentangkan hasil kajian di persidangan-persidangan dalam negara dan di luar negara.Lebih menarik lagi beliau arif tentang kertas-kertas persidangan yang bersifat teknikal khususnya yang dibentangkan oleh UNDCP (United Nations Drug Control Programme )Bukan semua orang dalam bidang pencegahan atau pemulihan yang akan faham kertas-kertas yang bersifat akademik dan terlalu teknikal di peringkat-peringkat antarabangsa.Oleh yang demikian AADK harus berbangga kerana memiliki orang akademik yang hebat. Kita di JKPD harus mengambil kesempatan untuk belajar dari beliau.Saya masih menunggu AADK menganjurkan persidangan di peringkat antarabangsa dan memberi peluang kepada sukarelawan tempatan membentangkan hasil kajian.
Saya juga rasa terpanggil untuk membicarakan isu kompetent sesorang individu kerana berlaku beberapa insiden yang melucukan apabila mereka yang tidak kompetent dihantar menghadiri persidangan-persidangan di luar negara. Insiden ini berlaku beberapa tahun yang lalu apabila satu rombongan peserta yang tidak boleh berbahasa Inggeris hanya tahu 'yes atau no'menghadiri persidangan di Australia. Saya difahamkan mereka hanya menghadiri sesi persidangan pada hari pertama sahaja dan terus hilang sehingga persidangan tersebut selesai. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang peserta yang mengikuti rombongan tersebut. Banyak lagi rombongan-rombongan yang 'hilang ' semasa persidangan dan pulang tanpa membawa sebarang ilmu kerana mereka tidak kompetent untuk menghadiri persidangan-persidangan di peringkat antarabangsa. Insiden-insiden seperti ini harus dijadikan iktibar agar kita tidak ditertawakan oleh orang lain.
Saya berharap JKPD di semua daerah akan mengorak langkah untuk memastikan ahli-ahlinya kompetent dan sekurang-kurangnya boleh memahami tugas dan tanggungjawab mereka di dalam menjalankan kerja-kerja pencegahan dan pemulihan. Kita sering terperangkap dengan kepercayaan bahawa orang bersara adalah orang yang paling layak untuk membuat kerja-kerja sukarela.Sebenarnya kepercayaan seperti ini tidak lagi relevan kerana tidak semua orang yang telah bersara suka buat kerja-kerja sukarela.Lebih-lebih lagi kerja-kerja yang berkaitan dengan membenteras dadah.Ramai yang terlibat hanya boleh bercakap di dalam mesyuarat tetapi tidak dapat meluahkan masa mereka untuk kerja-kerja sukarela di luar mesyuarat. Semoga organisasi kita akan lebih berketrampilan dan mantap untuk menghadapi cabaran-cabaran yang lebih hebat.
http://gempurdadah.blogspot.com
PENGERUSI JKPD JOHOR BAHRU
- KALKI
- Penulis adalah Pengerusi JKPD Johor Bahru, berpengalaman selama 22 tahun sebagai sukarelawan di dalam kerja-kerja sosial memerangi dadah.Berpengalaman sbg setiausaha PEMADAM Daerah Johor Bahru,Pegawai Khas Dadah kpd Pegawai Daerah Johor Bahru,penulis ( specialist writer) isu-isu dadah & sosial di kolum akhbar rasmi kerajaan negeri Johor(Suara Johor 1997-2001) penggubal modul program-program pencegahan & pemulihan, moderator, penceramah, fasilitator, trainer di pelbagai peringkat ,mendapat latihan di dalam dan luar negara.Pencipta slogan 'Yes To Life No To Dadah'
No comments:
Post a Comment