Sunday, April 11, 2010

Mengimbas Di Sebalik Tirai Kenangan !

Saya imbas semula pengalaman yang lalu untuk berkongsi pengalaman saya mengerakkan satu inisiatif pada tahun 1993 menganjurkan forum awam yang pertama berkaitan AIDS.Bersama dengan Dato'Dr S.Singaraveloo,Dr Ku Yusof Ku Ismail,Dr Nirmal Singh dan Pengarah Perubatan Negeri Johor ketika itu Dr Tan Ban Lee seminar AIDS pertama untuk satu kumpulan sasaran yang melibatkan kakitangan awam dan pemimpin masyarakat telah dijayakan di Puteri Pan Pacific Hotel Johor Bahru . Saya telah diperkenalkan oleh Dr Ku Yusof kepada mereka yang lain yang saya sebutkan di atas untuk menyampaikan kertas cadangan mengadakan seminar berkaitan AIDS kepada orang awam.Cadangan saya telah diterima baik dan bermula beberapa siri ceramah selepas itu yang bertemakan kesedaran terhadap AIDS. Di seminar yang pertama saya masih ingat kami serba salah samada mahu memberikan 'handouts' atau tidak memandangkan bahan yang sedia ada ketika itu tidak sesuai untuk tontonan awam.Maklumlah illustrasi memakai kondom dengan cara yang betul masih dianggap 'taboo'dalam budaya kita.Dato'Dr Singaraveloo berbincang dengan saya dan akhirnya kami memutuskan untuk hanya menunjukkan melalui slide sahaja kepada peserta dan tidak sebagai 'handout'.Inisiatif untuk menyedarkan orang ramai tentang bahaya AIDS yang saya lakukan telah mendapat liputan pihak media.Utusan Malaysia telah menulis satu artikel yang panjang lebar yang disiarkan di peringkat nasional tentang inisiatif tersebut.

Kejayaan menganjurkan seminar awam yang pertama telah membuka jalan kepada saya untuk berkerjasama dengan pengarah perubatan negeri dan pejabat kesihatan daerah untuk menganjurkan lebih banyak program-program kesedaran. Tahun berikutnya saya diberi penghormatan di dalam satu sesi bengkel menangani AIDS untuk membentangkan resolusi kepada wakil Jabatan Agama Islam Negeri Johor Dato Mohd Nooh Gadut. ( ketika itu belum bergelar Dato dan belum menjadi Mufti negeri Johor )Beliau telah menerima resolusi tersebut. Resolusi itu adalah, mewajibkan pasangan beragama Islam menjalani saringan HIV.Beberapa tahun kemudian resolusi tersebut telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Kini saya berpuas hati tentang peranan yang telah saya mainkan untuk mendidik masyarakat. Walaupun usaha-usaha saya telah dilupakan oleh pihak tertentu namun saya bangga kerana inisiatif saya telah memberi menafaat kepada banyak pihak dan pelbagai inisiatif yang lain menyusul selepas itu.Masyarakat sudah mula berani menghadapi realiti.

1 comment:

  1. Great effort. I am proud of you.Keep up your good work. Tc.

    ReplyDelete