Tuesday, March 30, 2010

SPORTS WITHOUT DRUGS !

Salam Satu Malaysia !

Sports Without Drugs !adalah slogan yang saya temui semasa menghadiri satu persidangan antarabangsa di Thailand beberapa tahun dahulu.Slogan ini telah dipamerkan oleh penuntut-penuntut University Thammasat kalau tak silap saya.Saya perkenalkan semula slogan ini melalui program-program sukan yang saya anjurkan bersama PUSPEN Tampoi. Program pertama bersama Kelab Media Johor beberapa minggu lalu mendapat sambutan yang hangat dan pada 1 April 2010 akan berlangsung perlawanan bola tampar persahabatan antara pilihan PUSPEN Tampoi menentang SMK Permas Jaya 2 bertempat di CPK Johor Bahru. Saya tonjolkan remaja-remaja yang masih dibangku sekolah melalui slogan ini dengan harapan Sukan Tanpa Dadah tidak hanya dihayati tetapi akan menjadi satu amalan agar mereka tidak terjebak ke kancah penagihan melalui pengambilan dadah terlarang apabila bersukan.

Sepanjang penglibatan saya selama 21 tahun saya belum terlibat dengan program-program sukan yang mempromosikan slogan ini. Harapan saya agar slogan ini akan mendapat sambutan di kalangan masyarakat khususnya ahli-ahli sukan. Kita akan rasa bangga jika mereka memakai Jersey yang mempamerkan slogan tersebut semasa bertanding.Saya sudah bersedia untuk membawa slogan ini jauh ! Mudah-mudahan akan mendapat kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan misi ini !

1 comment: