Thursday, November 26, 2009

AUDIENCE PROFILING

Kualiti sesuatu program yang dianjurkan adalah bergantung kepada sejauhmana kita menjalankan kajian atau melakukan 'homework ' agar maklumat yang nak disampaikan berjaya disampaikan kepada kumpulan sasaran.Tanpa membuat persediaan yang rapi khususnya yang memberi penekanan kepada latarbelakang audien akan menyebabkan objektif sesuatu program yang dianjurkan tidak tercapai.

Audience Profiling ( audience profiling ) adalah satu strategi sebelum sesuatu program dilaksanakan. Kita perlu membuat kajian tentang kumpulan sasaran yang hendak dilibatkan.Maklumat seperti latarbelakang peserta yang berkaitan kelulusan akademik, pekerjaan, penglibatan dalam kerja sosial, maklumat profesional yang berkaitan pekerjaan dan sebagainya akan membantu kita menyediakan program yang setaraf atau 'standard' untuk mereka. Penceramah yang dijemput juga harus sesuai dengan profiling yang dibuat oleh penganjur.

'Mix group audience ' atau kumpulan yang bercampur sasarannya yang melibatkan profiling yang berbeza akan merumitkan penyampaian maklumat dan seringkali kita akan terperangkap kerana kurang persediaan dari segi 'input ' jika kita tidak bersedia. Apabila kita menganjurkan program dengan badan-badan profesional misalnya, kita perlu menjemput penceramah yang berpengalaman luas dan berkelayakkan. Ini adalah penting kerana kumpulan sasaran profesional sering mengharapkan penyampaian profesional.Sekiranya profiling kumpulan sasaran telah dibuat,mudah untuk penceramah yang dijemput membuat persediaan. Ada di kalangan kumpulan sasaran yang dilibatkan tidak suka jika mereka dijemput untuk menghadiri sesuatu program di balai-balai raya atau dewan-dewan yang kurang selesa yang tidak setaraf dengan mereka. Di sini profiling memainkan peranan yang penting kerana dengan profiling yang tepat kita boleh mengadakan program-program untuk mereka di tempat yang sesuai dengan kedudukkan mereka.

Pernah di dalam satu program yang dianjurkan, beberapa orang profesional yang hadir mengajukan soalan-soalan yang terlalu teknikal dan sukar difahami oleh peserta-peserta yang lain, selepas sesi berehat untuk minum pagi, dewan tersebut telah hampir kosong kerana peserta yang lain telah meninggalkan program tersebut.Ini adalah implikasi dari kurangnya persediaan dari aspek profiling oleh penganjur.Kita perlu mengambil iktibar dari insiden-insiden seperti ini.

Bersediakah daerah anda untuk berhadapan dengan mereka seperti Rotary Club, Lions Club, Majlis Peguam, MMA ( Malaysian Medical Association ) ? Siapakah yang akan menyampaikan ceramah kepada mereka ? Sudakah kita megadakan program dengan mereka ?
Jika kita belum menemui mereka di program-program kita, bermakna kita masih belum bersedia untuk melangkah jauh. Jika mereka yang disebutkan akan menjadi bakal kumpulan sasaran kita maka profiling perlu dilakukan sebelum kita menjemput mereka ke program yang dianjurkan.

No comments:

Post a Comment